TERMS AND CONDITIONS

TERMA & SYARAT

Selamat datang ke laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM (“Laman Web”).  Segala terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) yang dinyatakan adalah berkaitan dengan laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM

Apabila anda melayari laman web kami, anda dianggap telah memahami Terma dan Syarat yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan, anda tidak perlu menggunakan laman web ini. Anda juga boleh menggunakan medium lain antaranya Whatsapp order dan Shopee.  WWW.OHMYBABYFOODS.COM berhak untuk menukar, mengubah, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dari Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sila rujuk Terma dan Syarat setiap masa untuk sebarang perubahan terkini.

Apabila anda menggunakan laman web ini secara berterusan, anda dianggap bersetuju dan menerima segala Terma dan Syarat yang diberikan.

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Kami memberikan anda kebenaran menggunakan laman web di bawah Terma dan Syarat yang dinyatakan, untuk kegunaan pembelian barangan yang dijual di laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM. Anda dilarang menggunakannya bagi tujuan komersial atau memberikan kepada pihak ke tiga kecuali setelah mendapat kebenaran dari WWW.OHMYBABYFOODS.COM .  Melanggar Terma dan Syarat yang dinyatakan akan menyebabkan akaun yang dibenarkan akan ditarik balik tanpa sebarang notis kepada anda.

Segala kandungan serta data yang terdapat di dalam  laman web ini hanya untuk tujuan  makluman sahaja.

Sesetengah tawaran perkhidmatan yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan di laman web ini memerlukan pendaftaran dan langganan. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar dan melanggan perkhidmatan tersebut, anda dianggap bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan terkini dan mengemaskini segala maklumat yang berkaitan setiap masa sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Setiap pengguna laman web ini adalah bertanggungjawab untuk sebarang aktiviti yang berkaitan di bawah kata laluan dan akaun tersebut.

Sehubungan itu, anda dikehendaki untuk memaklumkan kepada kami terhadap segala salahguna penggunaan kata laluan atau akaun anda. Kami tidak bertanggungjawab di atas kegagalan anda mematuhi peraturan ini.

Semasa proses pendaftaran, anda dianggap bersetuju untuk menerima e-mel promosi daripada pihak kami. Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel promosi tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menekan butang unsubscribe di bawah e-mel  promosi tersebut.

PENERIMAAN PESANAN DAN HARGA

Sila ambil perhatian bahawa terdapat kes-kes di mana pesanan tidak dapat diproses atas pelbagai sebab. WWW.OHMYBABYFOODS.COM berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan atas sebab-sebab tertentu dan pada bila-bila masa. Anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat tambahan untuk sebarang pengesahan sebelum kami menerima pesanan.

Kami  berusaha untuk memberikan maklumat harga yang paling tepat di dalam laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM untuk para pelanggan kami.  Namun demikian, masih ada kemungkinan berlaku kesilapan, contohnya terdapat kes di mana berlaku kesilapan pada harga barangan yang dipaparkan dalam laman web. Sehubungan itu, kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan yang telah dibuat.

Sekiranya berlaku kesilapan mengenai maklumat harga barangan, kami akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut atau membatalkan pesanan dan memaklumkan tentang pembatalan tersebut. Kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan tersebut tidak kira sama ada pesanan tersebut telah disahkan dan kad kredit anda telah digunakan untuk membuat pembayaran.

PENGHANTARAN DARIPADA PENGGUNA

Sebarang penghantaran yang anda hantarkan atau berikan kepada laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM termasuk pertanyaan, ulasan, komen, dan cadangan (dipanggil, “Penyerahan”) akan menjadi hak dan harta eksklusif kami dan tidak akan dipulangkan semula kepada anda.

Sebagai penambahan kepada hak yang diberikan, anda dianggap memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan nama yang anda serahkan, berhubung dengan ulasan, komen atau lain-lain keterangan.  Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, menyamar sebagai orang lain atau memberi maklumat palsu kepada pihak kami dalam maklumat penghantaran. Kami boleh membatalkan atau mengubah Penghantaran tersebut.

Apabila anda mendaftar atau menggunakan/membuka akaun, anda mempunyai pilihan untuk menerima atau tidak mahu menerima segala maklumat e-mel ( seperti Buletin, maklumat tawaran, tawaran daripada anak syarikat kami ). Anda boleh untuk tidak melanggan sebarang maklumat e-mel pada bila-bila masa dengan membuka akaun anda atau dengan menghantarkan e-mel kepada kami untuk tidak melanggan.

TANDA NIAGA DAN HAK CIPTA

Semua hak harta intelek, sama ada berdaftar atau tidak, di dalam laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM, semua maklumat dan reka bentuk yang terdapat di dalam laman web, termasuk dan tidak terhad kepada, video, grafik, teks, ‘software’, ilustrasi, video, muzik, gambar, bunyi-bunyian, dan segala yang berkaitan, dan kesemua kandungan software, termasuk sumber-sumber di bawah kod tersebut adalah menjadi harta hak milik kami. Segala isi kandungan di laman  web kami adalah di bawah perlindungan hak cipta Malaysia dan semua hak cipta adalah terpelihara.

PENAMATAN

Sebagai tambahan kepada undang-undang yang lain dan jalan penyelesaian, kami boleh menamatkan dengan serta-merta Terma dan Syarat tanpa memberi sebarang notis awal kepada anda atau membatalkan mana-mana atau kesemua hak anda yang telah dibenarkan di bawah Terma dan Syarat tersebut.

Apabila Perjanjian dibatalkan, anda hendaklah berhenti daripada memasuki laman web kami dan kami akan segera membatalkan segala kata laluan dan pengenalan akaun yang telah diberikan kepada anda dan menafikan kemasukan ke semua laman web  ini atau mana-mana bahagian daripadanya.

Sebarang pembatalan ke atas perjanjian ini tidak akan mengubah hak dan kewajipan (termasuk tanpa sebarang batasan, kewajipan pembayaran) ke atas mana-mana pihak sebelum tarikh pembatalan. Anda seterusnya bersetuju bahawa laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau sesiapa sahaja berikutan pergantungan atau pembatalan yang telah dibuat. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan laman web WWW.OHMYBABYFOODS.COM atau dengan mana-mana syarat, peraturan, undang-undang, polisi, tatacara atau amalan-amalan dari WWW.OHMYBABYFOODS.COM dalam menjalankan laman web, anda berhak untuk tidak meneruskan penggunaan laman web ini.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping